Tunjuk Perasaan 'Bukan Presiden Kami' Warnai Hari Presiden Di A.S

Tunjuk Perasaan 'Bukan Presiden Kami' Warnai Hari Presiden Di A.S

Bantahan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap Presiden Donald Trump seakan tidak berkesudahan dengan lebih 10,000 penunjuk pe­rasaan berarak dengan melaungkan slogan ‘Bukan Presiden Saya’ sempena cuti Hari Presiden di sini semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bantahan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap Presiden Donald Trump seakan tidak berkesudahan dengan lebih 10,000 penunjuk pe­rasaan berarak dengan melaungkan slogan ‘Bukan Presiden Saya’ sempena cuti Hari Presiden di sini semalam.

Bantahan tersebut yang dinamakan ‘Hari Bukan Presiden Saya’ turut diadakan di beberapa bandar di seluruh negara terma­suk Chicago, Los Angeles, Atlanta, Philadelphia dan Washington.

Perhimpunan kali ini bertujuan memperlihatkan kepada Trump tentangan akar umbi kepada pemimpin itu yang akan te­rus bersemarak selepas genap sebulan beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden AS.

Beberapa jalan di New York dipenuhi penunjuk pe­rasaan terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berkumpul di Colombus Circle, di depan Hotel International Trump bagi menyuarakan kekecewaan terhadap pemimpin itu.– AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky