Ucapan Berbayar Obama Bukan Idea Baik: Bernie Sanders

Ucapan Berbayar Obama Bukan Idea Baik: Bernie Sanders

Senator bebas, Bernie Sanders mengkritik tindakan bekas Presiden Barrack Obama yang merancang untuk menerima USD 400,000 dengan memberikan ucapan di Wall Street.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senator bebas, Bernie Sanders mengkritik tindakan bekas Presiden Barrack Obama yang merancang untuk menerima USD 400,000 dengan memberikan ucapan di Wall Street.

Bercakap kepada CNN pada hari Jumaat, bekas calon parti Demokrat itu mengatakan bahawa tindakan tersebut bukanlah sebuah "idea yang baik." Beliau turut meluahkan rasa kesalnya dengan pilihan yang dibuat oleh bekas Presiden A.S itu.

Sepanjang kempen beliau untuk bertanding sebagai calon pilihanraya Presiden A.S di atas tiket parti Demokrat, Sanders berulang kali menyerang lawannya Hillary Clinton yang kerap menerima bayaran bagi ucapannya di Wall Street.

Menurut sebuah laporan CNN, Hillary Clinton dan suaminya, bekas Presiden Bill Clinton telah mengumpul sekitar USD 153 juta daripada ucapan berbayar. Pasangan itu telah memberikan sebanyak 729 ucapan sepanjang Februari 2001 hingga Mei 2015 dan secara purata menerima sebanyak USD 210,795 bagi setiap ucapan.

Sanders turut menggesa Clinton untuk mendedahkan transkrip ucapannya tersebut.

"Cuba lihat, Barrack Obama adalah sahabat saya dan saya fikir dia dan keluarganya telah mewakili kita selama 8 tahun dengan pernuh terhormat dan bijaksana," kata Sanders.

"Akan tetapi apabila kita berhadapan dengan (isu) jurang pendapatan dan kekayaan (besar)... saya fikir perkara ini tidak kelihatan baik," tambahnya.

Menurut Fox News, Obama akan menerima wang tersebut kerana kesediannya memberikan ucapan di sebuah persidangan penjagaan kesihatan yang akan berlangsung pada bulan September.

Cantor Fitzgerald, sebuah firma kewangan di New York yang menganjurkan perhimpunan itu telah meminta Obama untuk menyampaikan ucapan utama khususnya kerana bekas Presiden A.S itu pernah menandatangani undang-undang penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai Obamacare.

Berita berhubung ucapan berbayar itu timbul selepas beliau memecahkan kebisuannya yang berlanjutan selama tiga bulan sejak Presiden Donald Trump memasuki Rumah Putih dengan memberi ucapan 'percuma' di Universiti Chicago.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky