Universiti Dikosongkan Kerana Ancaman Bom Anti-Muslim

Universiti Dikosongkan Kerana Ancaman Bom Anti-Muslim

Satu ancaman bom yang menyasarkan pelajar Islam memaksa lebih 4,000 pelajar dipindahkan dari kampus di Universiti Concordia yang terletak di pusat bandar, di sini, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu ancaman bom yang menyasarkan pelajar Islam memaksa lebih 4,000 pelajar dipindahkan dari kampus di Universiti Concordia yang terletak di pusat bandar, di sini, semalam.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'underground' chapter of C4 atau majlis konservatif warga Kanada di universiti itu menghantar emel kepada pentadbiran universiti dan media tempatan, bagi memberi amaran kepada pelajar Islam.
Dalam amaran itu, kumpulan itu mengancam akan meletupkan bahan letupan buatan sendiri sehari sebelum hari Jumaat, untuk membantah aktiviti pelajar Islam.

"Kini Donald Trump sudah jadi Presiden Amerika Syarikat. Kami tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku kamu lagi.
"Selagi Universiti Concordia tidak menghentikan semua aktiviti keagamaan di kampus, kami memutuskan tindakan lanjut untuk menunjukkan sejauh mana kami bersedia untuk memerangi orang Islam," ikrar kumpulan itu menerusi emel.

Polis Montreal berkata, mereka sedang menyiasat 'emel ancaman' itu, selain memeriksa seluruh kampus tetapi tiada bahan letupan ditemui.

Sementara itu, jurucakap Universiti Concordia, Christine Mota, berkata tiga bangunan universiti terbabit dikosongkan sebelum tengah hari dan ditutup hingga jam 6.00 petang (waktu tempatan).

Surat ancaman yang sama turut dihantar kepada Universiti Mcgill yang terletak di kawasan berhampiran, menyebabkan pentadbiran diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tetapi kandungan surat itu tidak menyatakan masa dan tempat kemungkinan berlakunya serangan. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky