Usul Melabelkan IRGC Sebagai Kumpulan Pengganas Terhenti

Usul Melabelkan IRGC Sebagai Kumpulan Pengganas Terhenti

Usul pentadbiran Trump untuk menamakan Unit Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sebagai kumpulan pengganas dilaporkan telah menemui jalan buntu berikutan amaran yang dikeluarkan oleh para pegawai tentera dan perisikan Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa tindakan tersebut boleh "memakan tuan."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Usul pentadbiran Trump untuk menamakan Unit Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sebagai kumpulan pengganas dilaporkan telah menemui jalan buntu berikutan amaran yang dikeluarkan oleh para pegawai tentera dan perisikan Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa tindakan tersebut boleh "memakan tuan." 

Usul itu diberhentikan sementara berikutan beberapa pendapat yang mengatakan bahawa tindakan itu akan merencatkan usaha memerangi kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Para pakar yang terlibat turut meramalkan bahawa tindakan itu akan merumitkan pelaksanaan perjanjian nuklear yang sebelum ini ditandatangani dengan Iran. 

Usul yang akan melabelkan IRGC sebagai kumpulan pengganas turut menarik bantahan daripada sekutu utama Amerika Syarikat. Di dalam masa yang sama, para pemerhati turut menegaskan bahawa tindakan itu akan memusnahkan sebarang prospek hubungan diplomatik di antara Iran dan Amerika Syarikat. 

"Tindakan itu boleh memakan tuan," kata salah seorang pegawai yang dirahsiakan namanya. 

Menurut laporan, usul itu sudahpun diteliti sejak beberapa minggu lalu dan dijangka akan diumumkan pada bulan ini. 

Seorang sumber daripada pihak keselamatan Eropah yang membuat kenyataan di bawah syarat kerahsiaan berkata bahawa usul itu pada ketika ini sedang dibekukan. 

Rumah Putih juga pada masa ini enggan untuk memberikan sebarang komen tentang usul yang sama. 

Keputusan berhubung usul tersebut turut menjadi lebih rumit berikutan peletakkan jawatan penasihat keselamatan kebangsaan Trump, Michael Flynn pada 13 Februari lalu. 

Menurut laporan IRGC setakat ini berjaya memberikan khidmat nasihat kepada tentera Syria dan Iraq di dalam peperangan mereka menentang kumpulan pengganas Takfiri Daesh. 

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky