Warga Yaman Yang Bermukim Di A.S Sertai Tunjuk Perasaan Bantah Sekatan Perjalanan Trump

Komuniti Yaman yang bermastautin di Amerika Syarikat telah menutup premis-premis mereka di bandar New York dan menganjurkan sebuah tunjuk perasaan untuk membantah tindakan pentadbiran Trump yang mengenakan sekatan perjalanan ke atas beberapa warga negara dari 7 buah negara Islam termasuk Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Komuniti Yaman yang bermastautin di Amerika Syarikat telah menutup premis-premis mereka di bandar New York dan menyertai sebuah tunjuk perasaan untuk membantah tindakan pentadbiran Trump yang mengenakan sekatan perjalanan ke atas warga negara dari 7 buah negara Islam termasuk Yaman. Mereka dilaporkan berkumpul di daerah Brooklyn sebelum menunaikan solat jemaah di sana.

Dengan menggunakan media sosial, pihak penganjur tunjuk perasaan itu berjaya mengumpulkan komuniti warga Yaman yang bermukim di Amerika Syarikat untuk menyertai program tersebut. Dilaporkan lebih daripada 1000 buah premis ditutup dari jam 8.00 malam waktu tempatan pada hari Khamis.

Salah seorang daripada peserta tunjuk perasaan itu memberitahu pemberita bahawa mereka turun ke jalan raya untuk memperjuangkan hak saudara mara mereka yang terperangkap di lapangan terbang dan di beberapa negara lain berikutan arahan tersebut.

Presiden Trump sebelum ini telah menandatangani sebuah arahan eksekutif yang mengenakan sekatan selama 90 hari kepada rakyat dari beberapa negara Islam daripada memasuki A.S. Arahan itu turut melarang kemasukan pelarian dari Syria. Trump mendakwa langkah itu perlu untuk mengelakkan bahaya keganasan yang dibawa oleh 'Islam radikal'.



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini