AS, Rusia Miliki Senjata Nuklear Terbanyak

AS, Rusia Miliki Senjata Nuklear Terbanyak

Sembilan negara dipercayai mempunyai senjata nuklear yang mana AS dan Rusia menduduki senarai teratas, masing-masing dianggarkan 7,000 kepala peledak nuklear.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sembilan negara dipercayai mempunyai senjata nuklear yang mana AS dan Rusia menduduki senarai teratas, masing-masing dianggarkan 7,000 kepala peledak nuklear.

Manakala Korea Utara hanya mempunyai kurang daripada 20.

Jadi, bagaimana ujian senjata nuklear Jong-un dianggap sebagai paling berbahaya berbanding kira-kira 2,000 kepala peledak nuklear sedia dilancarkan dimiliki Trump?

Perang retorik yang tercetus sepanjang minggu lalu turut menyaksikan Pyongyang mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Guam yang merupakan wilayah Amerika Syarikat di Pasifik sebagai respons terhadap provokasi Trump.

Walaupun terdapat banyak laporan bertentangan tentang angka itu, data Persekutuan Saintis Amerika (FAS) pada Julai lalu mendapati Washington mempunyai 6,800 kepala peledak nuklear berada di tangga kedua selepas Rusia yang memiliki kira-kira 7,000 senjata sama.

Baru-baru ini, tentera AS mengisytiharkan Washington mempunyai 806 ICBM, peluru berpandu dilancarkan dari kapal selam (SLBM) dan pengebom berat serta 1,722 kepala peledak.

Bulan lalu, laporan Agensi Risikan Pertahanan AS mendakwa sehingga 60 senjata nuklear kini dikawal oleh Jong-un.

Laporan lain mendedahkan Pyongyang telah menyeragamkan kepala peledak nuklearnya kepada saiz kecil untuk disesuaikan dengan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang mana jarak jangkauannya boleh mencapai sejauh New York atau Washington


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini