Korea Utara Mahu Uji Bom Hidrogen Ajar Trump

Korea Utara Mahu Uji Bom Hidrogen Ajar Trump

Korea Utara mungkin menjalankan ujian bom nuklear hidrogen di Lautan Pasifik selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump 'berjanji' untuk memusnahkan negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Korea Utara mungkin menjalankan ujian bom nuklear hidrogen di Lautan Pasifik selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump 'berjanji' untuk memusnahkan negara itu.

Pemimpinnya, Kim Jong Un berazam untuk memastikan Trump menyesal dengan ancaman beliau.

Bagaimanapun, Jong-Un tidak menyatakan tindakan bakal diambil dan kenyataan itu adalah mesej langsung pertama yang dikeluarkan pemimpin Korea Utara.

Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho, berkata negaranya mungkin mempertimbangkan ujian bom nuklear hidrogen besar-besaran di Lautan Pasifik, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Menurut laporan itu, Yong Ho berkata, beliau tidak mengetahui apa yang berlegar dalam fikiran Jong Un.

Sementara itu, Jepun yang menjadi satu-satunya negara pernah mengalami serangan nuklear, menyifatkan ancaman itu sebagai tidak boleh diterima.

Jong Un berkata, Korea Utara akan mempertimbangkan tindak balas 'agresif tahap tertinggi dalam sejarah' terhadap AS dan memaklumkan ulasan Trump mengesahkan program nuklearnya berada 'pada landasan betul'. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini