Nawaz Sharif Hilang Kelayakan Pimpin Pakistan Selepas Keputusan Mahkamah

Nawaz Sharif Hilang Kelayakan Pimpin Pakistan Selepas Keputusan Mahkamah

Mahkamah Tinggi Pakistan telah mengeluarkan perintah yang menyebabkan Perdana Menteri Nawaz Shariff kehilangan kedudukannya sebagai ahli parlimen negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Tinggi Pakistan telah mengeluarkan perintah yang menyebabkan Perdana Menteri Nawaz Shariff kehilangan kedudukannya sebagai ahli parlimen negara itu.

"Dia telah kehilangan kelayakan sebagai anggota parlimen, jadi dia juga tidak boleh terus menjawat jawatan Perdana Menteri," kata Hakim Ejaz Afzal Khan kepada mereka yang hadir di dalam perbicaraan itu.

Ini merupakan kali kedua sepanjang sejarah 70 tahun Pakistan di mana Mahkamah Tinggi negara itu membuat keputusan yang menyebabkan Perdana Menteri kehilangan jawatannya.

Sharif sebelum ini pernah dipecat oleh Presiden negara itu pada tahun 1993 di atas pertuduhan rasuah. Pada tahun 1999, dia sekali lagi digulingkan oleh pihak tentera di dalam sebuah rampasan kuasa.

Mahkamah itu turut mengarahkan biro anti-rasuah negara itu untuk melancarkan siasatan terperinci ke atas dakwaan yang dibuat terhadap Sharif.

Tuduhan tersebut mula mendapat perhatian apabila pendedahan yang dinamakan sebagai Panama Papers melaporkan bahawa keluarga Sharif terlibat di dalam penggubahan wang. -ABNA24

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini