Warga Pakistan Kecam A.S Dan Nyata Soladiriti Dengan Penduduk Kashmir

Warga Pakistan Kecam A.S Dan Nyata Soladiriti Dengan Penduduk Kashmir

Warga Pakistan telah menyertai tunjuk perasaan untuk menyatakan perpaduan mereka dengan warga Kashmir yang hidup di wilayah di bawah kawalan New Delhi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga Pakistan telah menyertai tunjuk perasaan untuk menyatakan perpaduan mereka dengan warga Kashmir yang hidup di wilayah di bawah kawalan New Delhi.

Mereka turut mengecam keputusan Amerika Syarikat untuk menyenarai hitam seorang pemimpin utama Kashmir di mana langkah itu bagi mereka menunjukkan sokongan pentadbiran Trump ke atas India berhubung pertikaian di wilayah tersebut.

Ribuan warga Pakistan pada hari Ahad turun ke jalan raya di Islamabad untuk menyuarakan kemarahan mereka kepada A.S kerana menyenaraikan pemimpin pro-kemerdekaan Kashmir itu sebagai pengganas antarabangsa.

Ketika bercakap di hadapan orang ramai, para pemimpin daripada kumpulan Jamaat-e-Islami -yang turut menganjurkan perhimpunan itu- mengecam New Delhi kerana menindas para penduduk Kashmir di wilayah yang dikuasai mereka.

Para penunjuk perasaan turut mengecam masyarakat antarabangsa kerana berdiam-diri ketika berhadapan dengan apa yang dianggap mereka sebagai pencabulan hak asasi manusia dan jenayah perang India ke atas warga Kashmir.

Mereka turut mengecam keras tindakan A.S yang berpihak kepada India dengan menyenaraikan pemimpin Kashmir itu sebagai pengganas antarabangsa. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini