A.S Akan Rugi Besar Kerana Kenakan Sekatan Ke Atas Iran Dan Rusia

A.S Akan Rugi Besar Kerana Kenakan Sekatan Ke Atas Iran Dan Rusia

Penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berkata bahawa Amerika Syarikat akan menanggung kerugian besar setelah memperkenalkan sekatan baharu ke atas Republik Islam Iran dan juga Rusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berkata bahawa Amerika Syarikat akan menanggung kerugian besar setelah memperkenalkan sekatan baharu ke atas Republik Islam Iran dan juga Rusia.

Ali Akbar Velayati yang merupakan penasihat kepada Syed Ali Khamenei berhubung isu-isu antarabangsa membuat komen tersebut di dalam pertemuan dengan pengarah Institut Pengajian Oriental di Akademi Sains Rusia (RAS), Vitaly Naumkin di Tehran pada hari Ahad.

"Nilai hubungan bersama di antara Iran dan Rusia akan menjadi lebih nyata selepas (pengenalan) sekatan (baharu) dan hubungan ini akan menjadi lebih akrab dan lebih teguh," katanya.

Senat A.S pada hari Khamis mengundi untuk memperkenalkan sekatan baharu ke atas Rusia, Korea Utara dan juga Republik Islam Iran.

Usul itu berjaya mendapatkan undi sokongan daripada 98 orang anggota senat. Hanya 2 orang sahaja yang menentang usul tersebut. Usul itu kemudiannya akan diajukan kepada Presiden Donald Trump untuk disahkan atau diveto oleh beliau.

Velayati turut berkata bahawa Tehran dan Moscow telahpun mengambil pelbagai langkah sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini untuk memperkukuhkan hubungan strategik mereka. Beliau juga berkata bahawa kedua-dua negara telah berjaya mencapai kemajuan di dalam perkara itu khususnya di dalam bidang perdagangan.

Selepas pertemuan itu, beliau bertemu dengan para pemberita dan berkata bahawa A.S tidak berhak untuk bertindak mencabuli perjanjian nuklear 2015 secara unilateral. Beliau merujuk kepada perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) yang ditandangani oleh Iran dan kumpulan P5+1 yang merangkumi A.S sendiri.

Beliau turut menegaskan bahawa negaranya akan terus komited dengan perjanjian tersebut sambil berkata bahawa "Kami akan teruskan aktiviti kami untuk memberikan kesedaran kepada warga dunia." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini