A.S Cipta Daesh, Beri Lampu Hijau Kepada Negara Timur Tengah Biayai Kumpulan Itu: Hizbullah

A.S Cipta Daesh, Beri Lampu Hijau Kepada Negara Timur Tengah Biayai Kumpulan Itu: Hizbullah

Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa Amerika Syarikat telah mencipta kumpulan pengganas Takfiri Daesh dan memberikan lampu hijau kepada negara-negara di rantau Timur Tengah untuk memberikan dana serta sokongan kepada kumpulan militan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa Amerika Syarikat telah mencipta kumpulan pengganas Takfiri Daesh dan memberikan lampu hijau kepada negara-negara di rantau Timur Tengah untuk memberikan dana serta sokongan kepada kumpulan militan itu.

Nasrallah membuat kenyataan itu di dalam sebuah ucapan yang ditayangkan secara langsung dari Beirut pada hari Selasa. Ucapan itu dibuat sempena meraikan kemenangan tentera Iraq ke atas kumpulan pengganas Daesh di bandar Mosul. Kemenangan itu menamatkan pertempuran selama sembilan bulan dalam merebut kawalan ke atas kubu kuat Daesh di Iraq itu.

Beliau turut memuji unit separa tentera Syiah yang memainkan peranan penting di dalam mengosongkan bandar Mosul daripada elemen kumpulan Takfiri itu.

Unit Kerahan Tenaga Rakyat yang dikenali sebagai Hashd al-Sha'abi di dalam dialek tempatan bekerjasama dengan tentera kerajaan Iraq dalam kempen membebaskan Mosul daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Beliau turut menegaskan bahawa perang ke atas keganasan tidak memerlukan usaha bertahun-tahun seperti yang didakwa tentera A.S. Menurut Nasrallah, apa yang diperlukan untuk membenteras keganasan hanyalah sebuah usaha bersama di peringkat antarabangsa.

Pemimpin politik Lubnan itu turut mengecam beberapa media Arab yang menurutnya berusaha untuk menyemarakkan ketegangan di antara mazhab dan menggalakkan pengganas Takfiri membunuh orang yang tidak bersalah.

Nasrallah juga memuji pelbagai kumpulan etnik Iraq di atas usaha mereka di dalam kempen membebaskan Mosul. Beliaut turut mengatakan bahawa fatwa Ayatullah Sistani -yang dikeluarkan selepas Mosul jatuh ke tangan pengganas- bertindak untuk menyatukan puluhan ribu kaum masyarakat Syiah untuk menggembeling tenaga di dalam memerangi keganasan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini