Anggota Tentera Rusia Terbunuh Ketika Pertahan Penempatan Tentera Syria

Anggota Tentera Rusia Terbunuh Ketika Pertahan Penempatan Tentera Syria

Penasihat ketenteraan dari Rusia, Mejar Sergei Bordov dilaporkan terbunuh di dalam serangan militan ke atas kedudukan tentera Syria. Di menghalang para pengganas daripada memasuki kawasan terbabit dengan menggadaikan nyawanya sendiri, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Khamis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penasihat ketenteraan dari Rusia, Mejar Sergei Bordov dilaporkan terbunuh di dalam serangan militan ke atas kedudukan tentera Syria. Di menghalang para pengganas daripada memasuki kawasan terbabit dengan menggadaikan nyawanya sendiri, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Khamis.

"Di Syria, penasihat ketenteraan dari Rusia, Mejar Sergei Bordov telah terbunuh diakibatkan serangan para militan. Anggota tentera itu merupakan seorang ahli kepada sebuah unit yang ditugaskan untuk melatih tentera Syria," tambah mereka.

Kementerian itu menekankan bahawa pegawainya itu telah mengarahkan sebuah operasi defensif untuk mematahkan serangan pengganas ke atas penempatan tentera Syria.

"Ketika pertempuran, pegawai itu mengalami kecederaan kritikal. Mejar Sergei Bordov dianugerahkan dengan pingat negara setelah kematiannya," kata kementerian yang sama.

Di dalam masa yang sama, kementerian itu turut menyangkal laporan Reuters yang mengatakan tentang kematian dua orang anggota tentera Rusia di Syria baru-baru ini.

"Khabar angin yang disebarkan oleh Reuters berhubung kematian dua anggota tentera Rusia di Syria adalah satu lagi episod penyebaran informasi salah yang berbeza dengan realiti," kata mereka.

Syria dirundung konflik sejak 2011 apabila para militan yang menurut Damsyik disokong oleh kuasa Barat dan serantau memulakan kegiatan keganasan di negara Arab tersebut.

Moscow memulakan operasi anti-keganasannya di Syria selepas mendapat permintaan daripada Damsyik sendiri.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini