Arab Saudi Berikan Tambahan Waktu Selama 48 Jam Kepada Qatar

Arab Saudi Berikan Tambahan Waktu Selama 48 Jam Kepada Qatar

Arab Saudi berkata bahawa Riyadh dan sekutunya telah mengambil keputusan untuk memanjangkan tarikh akhir bagi Qatar untuk akur kepada tuntutan yang dikemukakan mereka kepada Doha sebelum ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi berkata bahawa Riyadh dan sekutunya telah mengambil keputusan untuk memanjangkan tarikh akhir bagi Qatar untuk akur kepada tuntutan yang dikemukakan mereka kepada Doha sebelum ini.

Menurut agensi berita rasmi Arab Saudi, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir telah bersetuju untuk memberikan Doha 48 jam lagi untuk menerima kesemua tuntutan mereka. Tambahan tempoh itu dibuat setelah penguasa Kuwait, Sabah al-Ahmad al-Jaber al-Sabah bertindak memohon supaya pihak terbabit memberikan lebih masa kepada Doha.

Al-Sabah membuat permohonan itu selepas Qatar membuat kenyataan bahawa mereka akan memberikan respon kepada tuntutan pakatan pimpinan Arab Saudi pada hari Isnin.

Pengumuman itu dibuat selepas tarikh akhir tuntutan itu tamat pada tengah malam Ahad.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir pada awal bulan ini mengenakan sekatan perdagangan dan memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar dengan menuduh Doha menyokong keganasan.

Pakatan tersebut kemudiannya menyerahkan sebuah senarai tuntutan yang terdiri daripada 13 perkara kepada Qatar. Mereka memberikan Doha masa selama 10 hari untuk bertindak selari dengan tuntutan tersebut untuk mengelakkan sebarang respon yang tidak dijelaskan.

Tuntutan mereka termasuk penutupan rangkaian berita Al Jazeera, penutupan kem tentera Turki di bumi Qatar dan pengurangan kerjasama dengan Iran. Pakatan itu turut menuntut Qatar supaya menghalau anggota Unit Pengawal Revolusi Iran dari negara itu dan memutuskan hubungan dengan pertubuhan Ikhwan al Muslimin Mesir.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada hari Khamis berkata bahawa mereka bersedia untuk berbincang berkaitan "isu yang sah" dengan pakatan pimpinan Arab Saudi itu. Akan tetapi, sebahagian daripada tuntutan itu tidak masuk akal. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini