Arab Saudi Permain Kehidupan Warga Awam Melalui Pertikaian Dengan Qatar

Arab Saudi Permain Kehidupan Warga Awam Melalui Pertikaian Dengan Qatar

Amnesty International menyatakan kebimbangan mereka berhubung kehidupan jutaan warga awam yang terjejas berikutan ketengangan yang meningkat di antara Qatar dan negara-negara jiran Arabnya akibat daripada tindakan yang dicetuskan oleh Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amnesty International menyatakan kebimbangan mereka berhubung kehidupan jutaan warga awam yang terjejas berikutan ketengangan yang meningkat di antara Qatar dan negara-negara jiran Arabnya akibat daripada tindakan yang dicetuskan oleh Arab Saudi.

"Arab Saudi, Bahrain Emiriah Arab Bersatu sedang bermain dengan kehidupan ribuan penduduk Teluk (Parsi) melalui pertikaian mereka dengan Qatar. Pemisahan keluarga serta penghancuran sumber kehidupan dan pendidikan (mereka)," baca kenyataan yang dikeluarkan oleh badan pemerhati hak asasi manusia yang berpusat di London itu.

Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan mereka pada hari Isnin lepas dengan menuduh Doha menyokong keganasan serta menggugah kestabilan rantau itu.

Mereka turut mengenakan sekatan pengangkutan darat, air dan laut ke atas Qatar serta mengusir para diplomat mereka. Warga awam Qatar juga telah diarahkan untuk meninggalkan negara-negara tersebut.

Mereka kemudiannya meningkatkan ketegangan dengan mengeluarkan senarai nama 59 individu yang memegang pasport Qatar ataupun berpusat di Doha yang menurut mereka mempunyai 'hubungan' dengan keganasan.

Tindakan negara-negara Arab untuk memutuskan hubungan dengan Qatar dipercayai diketuai oleh Arab Saudi sendiri yang kebiasaannya mampu untuk mengerakkan negara-negara Teluk (Parsi) yang lain untuk bertindak mengikut kepentingannya. Arab Saudi yang dikenali sebagai penaja utama gerakan keganasan Wahhabi kini menuduh Qatar terlibat membantu gerakan tersebut.

Sebahagian penganalisis percaya bahawa Arab Saudi mengambil tindakan keras ke atas Qatar kerana yang kedua kerap bertindak secara bebas tanpa pengaruh Riyadh termasuk hubungan Doha dengan Tehran.

Pertikaian terkini di kalangan negara Teluk Parsi dikatakan sebagai perpanjangan kepada pertikaian yang pernah berlaku pada tahun 2014 apabila Arab Saudi, UAE dan Bahrain secara sementara memanggil semula duta mereka. Mereka mendakwa bahawa Qatar menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini