Bekas Putera Mahkota Arab Saudi Berada Di Dalam Tahanan Rumah: Laporan

Bekas Putera Mahkota Arab Saudi Berada Di Dalam Tahanan Rumah: Laporan

Bekas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Nayef dilaporkan telah diletakkan di bawah tahanan rumah selepas beliau digantikan oleh putera Raja Salman sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Nayef dilaporkan telah diletakkan di bawah tahanan rumah selepas beliau digantikan oleh putera Raja Salman sendiri.

New York Times pada hari Rabu menukilkan sumber pegawai dan bekas pegawai Amerika Syarikat serta Arab Saudi yang rapat dengan keluarga diraja sebagai berkata bahawa Mohammed Bin Nayef telah dilarang daripada meninggalkan negara serta diarah untuk tidak meninggalkan istananya di Jeddah.

Para pengawal yang bekerja di istana Nayef turut dilaporkan telah ditukar dengan para pengawal yang setia kepada Mohhamed Bin Salman. Nayef tidak dibenarkan untuk meninggalkan istananya selepas itu.

Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud pada 21 Jun lepas mengeluarkan titah diraja untuk menggantikan Putera Mahkota Mohammed bin Nayef bin Abdulaziz Al Saud dengan anaknya sendiri. Di bawah titah itu, Mohammed Bin Salman turut dinamakan sebagai timbalan perdana menteri serta dikekalkan sebagai menteri pertahanan negara Arab tersebut.

Pihak perkhidmatan keselamatan Arab Saudi turut dilihat mengambil segala langkah yang perlu untuk mengekang sebarang bentuk penentangan ke atas putera mahkota yang baharu.

Laporan itu turut menyatakan bahawa kekangan itu dibuat sejurus selepas Mohammed Bin Salman dilantik sebagai putera mahkota.

Perkara ini berlaku di sebalik usaha media kerajaan untuk menunjukkan proses pertukaran itu berlaku secara aman dan lancar dengan menayangkan video Mohammed Bin Salman mencium tangan Mohammed Bin Nayef yang memberikan ucapan selamat kepadanya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini