Daesh Letupkan Masjid Utama Mosul

Daesh Letupkan Masjid Utama Mosul

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah meletupkan masjid utama di Mosul yang bernama masjid al-Nuri. Masjid itu menjadi terkenal di seluruh dunia apabila pemimpin kumpulan pengganas itu, Abu Bakr al-Baghdadi pada tahun 2014 mengumumkan penubuhan kekhalifahannya di mimbar rumah ibadah kaum Muslim itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah meletupkan masjid utama di Mosul yang bernama masjid al-Nuri. Masjid itu menjadi terkenal di seluruh dunia apabila pemimpin kumpulan pengganas itu, Abu Bakr al-Baghdadi pada tahun 2014 mengumumkan penubuhan kekhalifahannya di mimbar rumah ibadah kaum Muslim itu.

"Pasukan kami sedang mara ke arah sasaran mereka jauh di dalam Bandar Lama. Setelah mereka berada 50 meter dari perkarangan masjid, Daesh sekali lagi melakukan sebuah jenayah yang besar dengan meletupkan masjid Nuri dan menara Hadba, kata Leftenan Jeneral Abdul Amir Yarallah di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan pada hari Rabu.

Letupan itu berlaku ketika Unit Counter Terrorism Service di kawasan yang terletak  50 meter dari kedudukan kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Para pengganas walau bagaimanapun mendakwa bahawa masjid itu telah dimusnahkan oleh serangan udara Amerika Syarikat. Akan tetapi, pakatan yang diketuai oleh A.S itu telah menafikan dakwaan tersebut.

"Kami tidak menyerang kawasan tersebut," kata jurucakap pakatan itu, Kolonel John Dorrian.

"Daesh sememangnya bertanggungjawab ke atas serangan tersebut," tambahnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi berkata bahawa tindakan itu merupakan sebuah "pengumuman rasmi kepada kekalahan (mereka)."

Tentera Iraq yang dibantu oleh para pejuang sukarelawan daripada Gerakan Popular Rakyat (Hashd al-Sha'abi) telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan sejak mereka memulakan kempen untuk membebaskan Mosul pada 17 Oktober 2016. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini