Damsyik 100 % Yakin Turki Bekal Senjata Kimia Kepada Pengganas: Presiden Assad

Damsyik 100 % Yakin Turki Bekal Senjata Kimia Kepada Pengganas: Presiden Assad

Presiden Syria, Bashar al-Assad, mengecam negara jirannya, Turki, kerana membekalkan bahan kimia kepada kumpulan militan Takfiri tajaan kuasa asing yang berperang untuk menjatuhkan kerajaan Damsyik. Presiden Assad turut menekankan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang syak bahawa Turki bersekongkol dengan kumpulan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar al-Assad, mengecam negara jirannya, Turki, kerana membekalkan bahan kimia kepada kumpulan militan Takfiri tajaan kuasa asing yang berperang untuk menjatuhkan kerajaan Damsyik. Presiden Assad turut menekankan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bentuk keraguan bahawa Turki bersekongkol dengan kumpulan pengganas.

Bercakap di dalam temu ramah eksklusif dengan agensi berita Sputnik pada hari Jumaat, Assad mengatakan bahawa para pegawai Syria 100 peratus yakin bahawa kumpulan pengganas mendapatkan bekalan senjata kimia, bantuan kewangan dan ketenteraan secara langsung dari Turki.

"Terdapat bukti berhubung perkara ini; sebahagiannya telah menjadi viral di internet beberapa tahun lalu. Ramai ahli politik dan penggubal undang-undang Turki telah melemparkan pertanyaan kepada kerajaan (mereka) berkaitan perkara ini. Jadi, perkara ini bukanlah satu rahasia," kata beliau.

Presiden Syria itu turut mengatakan bahawa Turki membekalkan kumpulan pengganas yang aktif di Syria dengan bantuan kewangan, ketenteraan dan logistik.

"Mereka tidak punya jalan lain untuk datang dari arah utara (Syria). Jadi, 100 peratus (mereka datang dari) Turki.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini