Haley Gesa PBB Turuti Langkah Trump Berhubung JCPOA

Haley Gesa PBB Turuti Langkah Trump Berhubung JCPOA

Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley menggesa Majlis Keselamatan badan dunia itu untuk menuruti langkah yang diambil oleh Presiden Donald Trump berhubung isu Republik Islam Iran yang disifatkan olehnya sebagai sebuah negara yang "agresif, menggangu kestabilan dan bertindak di luar norma perundangan" di Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley menggesa Majlis Keselamatan badan dunia itu untuk menuruti langkah yang diambil oleh Presiden Donald Trump berhubung isu Republik Islam Iran yang disifatkan olehnya sebagai sebuah negara yang "agresif, menggangu kestabilan dan bertindak di luar norma perundangan" di Timur Tengah.

Majlis tersebut bersidang pada hari Rabu (18/10) untuk membincangkan isu berkaitan rantau Timur Tengah beberapa hari Presiden Donald Trump memilih untuk tidak menandatangani dokumen yang mengesahkan kepatahun Tehran terhadap komitmennya di bawah perjanjian nuklear Iran yang turut dikenali sebagai JCPOA.

Percubaan Haley untuk memujuk anggota majlis supaya mengambil posisi yang sama dengan Trump berhubung negara Iran walau bagaimanapun gagal menarik perhatain mana-mana pihak sekaligus menunjukkan betapa terasingnya A.S dari sekutu tradisi mereka.

Haley berkata Majlis Keselamatan secara keseluruhannya sedang mengambil "pendekatan berbahaya berasaskan pemikiran pendek"  dengan hanya melihat kepatuhan Tehran terhadap JCPOA. Menurutnya, "majlis ini kini memiliki peluang untuk menukar polisinya."

Sementara itu, Duta Rusia, Vassily Nebenzia berkata bahawa tertanya-tanya sama ada "sebahagian daripada perwakilan" keliru tentang agenda utama pertemuan itu sambil menekankan bahawa debat Timur Tengah itu dianjurkan untuk menangani isu Palestin-Israel. Beliau dengan tegas mengingatkan Haley bahawa duta A.S tersebut gagal menyebut nama Palestin di dalam pembentangannya.

"Hakikat bahawa sebahagian daripada perwakilan gagal menyebut nama Palestin menyedihkan kami," kata beliau.

Duta Sweden ke PBB, Olof Skoog mengatakan bahawa kedudukan Eropah tidak berubah di sebalik tindakan Trump yang enggan mengesahkan dokumen berkaitan sambil menegaskan bahawa debat Timur Tengah sepatutnya difokuskan kepada proses damai dan bukan perjanjian nuklear.

"Perjanjian nuklear tersebut telah diperkukuhkan oleh Majlis Keselamatan PBB. Kedudukan kami jelas... EU berazam untuk memelihara JCPOA sebagai rukun utama bagi sistem pengawalan senjata nuklear antarabangsa," kata Skoog.

Timbalan Duta Britain, Jonathan Allen pula berkata bahawa negaranya menyokong JCPOA sambil mengingatkan kesan negatif sebarang tindakan terburu-buru yang mungkin akan mengganggu keselamatan A.S dan sekutunya.

Perancis pula tidak menyentuh langsung isu perjanjian nuklear Iran di dalam pertemuan itu. Akan tetapi, dutanya, François Delattre menegaskan bahawa tindakan meremehkan proses damai Timur Tengah mempunyai kesan buruk kepada kestabilan rantau itu.

Sementara itu, Duta Iran, Gholamali Khoshrou mengecam Haley dengan mengatakan bahawa duta A.S itu gagal memahami isu utama yang mengganggu kestabilan Timur Tengah. M, isu sebenar yang menggaggu kestabilan rantau itu adalah penjajahan Israel ke atas bumi Palestin.

Walaupun Trump setakat ini tidak mengeluarkan Washington daripada perjanjian nuklear itu, beliau memberi masa kepada Kongres supaya memilih sama ada untuk memperkenalkan semula sekatan berkaitan dengan program nuklear Iran yang sebelum ini ditamatkan di bawah perjanjian itu ataupun untuk meneruskan rejim kesepakatan yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Jikalau Kongres yang memiliki tempoh 60 hari selepas pengumuman Trump memilih untuk memperkenalkan semula sekatan itu, Washington akan berada di dalam kedudukan yang bertentangan dengan sekutu tradisi mereka yang berada di Eropah. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini