Iran Cabar AS Di ICJ

Iran Cabar AS Di ICJ

Iran membawa tindakan undang-undang terhadap sekatan baru dikenakan Amerika Syarikat ke mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Isnin ini, ketika Tehran berusaha mengelakkan langkah punitif yang akan menjejaskan ekonominya yang masih lemah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran membawa tindakan undang-undang terhadap sekatan baru dikenakan Amerika Syarikat ke mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Isnin ini, ketika Tehran berusaha mengelakkan langkah punitif yang akan menjejaskan ekonominya yang masih lemah.

Tehran memfailkan saman terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengenakan semula sekatan ekonomi ke atas negara itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague bulan lalu.

Selepas berjaya menarik diri daripada perjanjian bersejarah bertujuan membendung program nuklear Iran Mei lalu, Trump mengenakan sekatan pusingan pertama ke atas negara itu awal bulan ini.

Sementara pusingan kedua dijangka berkuat kuasa awal November, kali ini menyekat penjualan minyak dan tenaga Iran.

Namun Tehran berkata, Washington tidak hak mengenakan langkah seumpama itu dan menggesa ICJ mengarahkan AS menggantung ia serta merta.

Ia turut menuntut pampasan.

ICJ dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk memutuskan sama ada memberikan keputusan sementara kepada Iran, sementara menantikan keputusan akhir dalam kes itu yang mengambil masa beberapa tahun.

Sekatan antarabangsa terhadap Iran ditarik balik pada 2015 apabila ia menandatangani perjanjian bersejarah dengan AS, Britain, China, Perancis, Jerman, Russia, yang bersetuju mengekang cita-cita nuklearnya. — AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

asura-mystery-of-creation
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky