Iran, Iraq Meterai Kerjasama Ketenteraan

Iran, Iraq Meterai Kerjasama Ketenteraan

Iran dan Iraq hari ini menandatangani perjanjian untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan dan memerangi keganasan serta kegiatan pelampau'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran dan Iraq hari ini menandatangani perjanjian untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan dan memerangi keganasan serta kegiatan pelampau'.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan, kesepakatan yang dimeterai di Tehran itu mungkin menimbulkan kebimbangan di Washington.

Menteri Pertahanan Iran, Hossein Dehghan dan rakan sejawatannya, Erfan al-Hiyali, menandatangani memorandum persefahaman yang turut meliputi keselamatan sempadan, logistik dan latihan.

"Memperluas kerjasama dan bertukar pengalaman dalam memerangi keganasan dan pelampau, keselamatan sempadan dan bantuan pendidikan, logistik, teknikal serta ketenteraan adalah antara peruntukan yang terkandung dalam memorandum ini," lapor IRNA.

Hubungan Iran-Iraq bertambah baik sejak musuh lama Iran, Saddam Hussein, digulingkan pada 2003 dan apabila kerajaan Iraq diketuai oleh Islam Syiah.

Iran adalah negara majoriti Syiah.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyuarakan kebimbangan mengenai apa yang disifatkannya sebagai pengaruh Iran yang semakin meningkat dalam konflik di Syria, Yaman dan Iraq.

Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat memuncak sejak pemilihan Trump, yang sering menuduh Tehran menyokong kumpulan militan dan menjejaskan wilayah itu. - REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini