Israel 'Simpan' 10.5 Tan Surat Selama Lapan Tahun

Israel 'Simpan' 10.5 Tan Surat Selama Lapan Tahun

Penduduk Palestin di Tebing Barat bakal menerima 'penghantaran khas' kira-kira 10.5 tan surat dan bungkusan pos yang disimpan rejim Israel selama lapan tahun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penduduk Palestin di Tebing Barat bakal menerima 'penghantaran khas' kira-kira 10.5 tan surat dan bungkusan pos yang disimpan rejim Israel selama lapan tahun.

"Sikap tidak bertoleransi rejim Tel Aviv telah menyebabkan timbunan surat dan bungkusan pelbagai barangan tersebut," kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Pos Palestin, Hussein Sawafta.

Pekerja pejabat pos di Jericho kini sedang menguruskan bungkusan terbabit yang akhirnya dibenarkan masuk ke bandar tersebut melalui sempadan Jordan.

Kementerian Telekomunikasi Palestin turut memuat naik gambar timbunan surat itu di akaun Facebook mereka.

Sementara itu, pegawai di pejabat pos, Ramadan Ghazawy menyelar tindakan Israel yang mencampur adukkan surat dan bungkusan tersebut.

"Ia tidak diasingkan mengikut jenis barang. Kesemuanya bercampur aduk," ujarnya.

Difahamkan, kiriman gambar dan surat peribadi termasuk ubat serta alat mainan kanak-kanak adalah antara bungkusan yang diterima oleh mereka.

Kesemua bungkusan tersebut disimpan di Jordan sejak 2010 kerana Tel Aviv enggan membenarkan sebarang penghantaran kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky