Keputusan Mahkamah U.K Adalah Tamparan Maut Kepada Warga Yaman

Keputusan Mahkamah U.K Adalah Tamparan Maut Kepada Warga Yaman

Amnesty International berkata bahawa keputusan mahkamah Britain untuk memberikan hak kepada pihak kerajaan untuk terus meluluskan penjualan senjata kepada Arab Saudi umpama sebuah tamparan maut kepada warga awam Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amnesty International berkata bahawa keputusan mahkamah Britain untuk memberikan hak kepada pihak kerajaan untuk terus meluluskan penjualan senjata kepada Arab Saudi umpama sebuah tamparan maut kepada warga awam Yaman.

Pengarah Kawalan Senjata dan Hak asasi di Amnesty, James Lynch berkata pada hari Isnin bahawa keputusan mahkamah tersebut sangat "mengecewakan."

"Keputusan itu adalah sebuah tamparan maut kepada warga Yaman yang diserang oleh pakatan pimpinan Arab Saudi yang diperkukuhkan dengan senjata buatan United Kingdom," kata Lynch.

"Perkara ini sangat mengecewakan yang mana keputusan itu mungkin memberikan lampu hijau kepada pihak berkuasa Britain -dan mungkin juga bagi negara-negara pembekal yang lain- untuk meluluskan pemindahan senjata kepada negara monarki itu di sebalik risiko jelas bahawa senjata itu akan digunakan untuk tujuan pencabulan (undang-undang antarabangsa)," tambahnya.

"Laporan yang meluas dan kredibel termasuk laporan yang dikeluarkan oleh Amnesty sendiri di Yaman; pada pendapat kami menunjukkan bahawa senjata sedemikian telah digunakan di dalam pelbagai pencabulan serius (ke atas undang-undang) termasuk jenayah perang ke atas warga Yaman. Risiko yang jelas itu menjadikan tindakan meluluskan pemindahan tersebut bertentangan dengan komitmen Britain terhadap undang-undang antarabangsa," kata Lynch.

Perkembangan terkini itu berlaku selepas Mahkamah Tinggi di London menyemak semula rayuan yang menentang penjualan senjata kepada Arab Saudi. Mereka kemudiannya memutuskan bahawa penjualan senjata itu tidak bertentangan dengan undang-undang.

Arab Saudi sepanjang kempen kejam mereka di Yaman telah mengebom hospital, masjid, pasar dan pelbagai infrasruktur awam yang laun. Mereka turut melancarkan serangan yang berlebih-lebihan tanpa memilih bulu sekaligus meningkatkan kadar kematian dan kecederaan yang ditanggung oleh warga awam Yaman.

Menurut Amnesty, U.K dan Amerika Syarikat telah menjual senjata bernilai USD 5 bilion dolar kepada rejim Riyadh sejak Arab Saudi memulakan kempen mereka ke atas Yaman.

Arab Saudi mula mengebom Yaman sejak Mac 2015 dalam usaha mengembalikan kuasa kepada sekutu Riyadh. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini