?>

Kesatuan Sekerja Norway Mengundi Untuk Boikot Israel

Kesatuan Sekerja Norway Mengundi Untuk Boikot Israel

Kesatuan sekerja terbesar Norway telah meluluskan boikot ke atas rejim Zionis berikutan kemarahan mereka terhadap tindakan ganas rejim tersebut ke atas warga Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesatuan sekerja terbesar Norway telah meluluskan boikot ke atas rejim Zionis berikutan kemarahan mereka terhadap tindakan ganas rejim tersebut ke atas warga Palestin.

Gabungan Kesatuan Sekerja Norway (LO) mengundi (197-117) untuk mengenakan sekatan ekonomi, kebudayaan dan akademik ke atas Israel pada hari Jumaat.

Pergerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) yang berkempen untuk hak-hak warga Palestin memuji tindakan LO itu dan menganggap sebagai sebuah langkah yang bermakna dalam mengembalikan hak kepada penduduk Palestin.

"Dengan menjawab seruan BDS secara berani... LO akhirnya menyertai beberapa kesatuan sekerja dunia yang penting... dalam rangka meningkatkan tekanan BDS ke atas perniagaan dan institusi yang selama berdekad-dekad mengizinkan dasar penjajahan Israel, pengkolonian penduduk (mereka) dan dasar aparteid (yang diamalkan oleh rejim)," kata majlis BDS.

BDS turut mengharapkan kerjasama rapat dengan LO dalam menatijahkan polisi baharu mereka kepada "langkah-langkah berkesan... ."

Walau bagaimanapun menteri luar Norway, Borge Brende mengecam tindakan itu dengan mengatakan bahawa lebih dialog diperlukan dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*