Konsul Saudi Digeledah Sembilan Jam

Konsul Saudi Digeledah Sembilan Jam

Pihak berkuasa Turki akan me­­luaskan siasatan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi melibatkan kediaman dan juga beberapa kenderaan Konsul Arab Saudi di Istanbul, kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Turki akan me­­luaskan siasatan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi melibatkan kediaman dan juga beberapa kenderaan Konsul Arab Saudi di Istanbul, kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu hari ini.

Beliau juga berkata, setakat ini, tiada pengakuan diterima dari Arab Saudi.

Sebelum ini, pasukan siasatan bersama Turki-Arab Saudi, telah mengeledah Konsul Arab Saudi di sini selama sembilan jam untuk merungkai misteri kehilangan Jamal yang juga warga Arab Saudi sejak dua minggu lalu.

Ketika pencarian itu dilakukan, portal CNN dan New York Times melaporkan bahawa Arab Saudi membuat persiapan untuk mengakui bahawa Jamal meninggal dunia ketika disoal siasat dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pula sebelum ini membuat spekulasi 'pembunuh penyangak’ mungkin bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Konsul Arab Saudi di Istanbul merupakan lokasi terakhir Jamal berada sebelum hilang pada 2 Oktober lalu.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang dihantar Trump tiba di Arab Saudi untuk menemui Raja Salman dan Putera Mahkota, Mohammed Salman berhubung kes yang me­ningkatkan ketegangan hubungan antara Amerika dan Arab Saudi.

Laporan sebelum ini menyebut pasukan siasatan jenayah Turki terdiri daripada 10 anggota meninggalkan konsul Arab Saudi pada kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan selepas selesai membuat pemeriksaan awal pagi ini.

Seorang pendakwa raya Turki meninggalkan konsul itu satu jam setengah kemudian diikuti oleh satu pasukan Arab Saudi yang menaiki tiga buah kenderaan.

Sebanyak empat ken­deraan forensik ti­ba di luar konsul dan mengambil sampel tanah dan pintu besi dari taman bunga di premis terbabit.

Seekor anjing polis turut menyertai pasukan mencari itu.

Jamal yang juga penduduk tetap AS merupakan kolumnis Washington Post dan pengkritik Putera Mahkota Arab Saudi hilang selepas memasuki Konsul Arab Saudi di Istanbul bagi mendapatkan dokumen perkahwinan.

Pihak berkuasa Turki mendakwa Khashoggi dibunuh dan mayatnya dibuang ke tempat lain.

Bersandarkan dua sumber, CNN melaporkan bahawa Arab Saudi sedang menyiapkan laporan yang mengakui Jamal dibunuh semasa satu siasatan sebagai punca kematiannya.

Kerajaan Arab Saudi bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengulas laporan itu.

Kes Jamal mencetuskan kemarahan antarabangsa terhadap Arab Saudi dengan banyak media dan eksekutif perniagaan menarik diri daripada satu persidangan pelaburan yang dirancang di Riyadh bulan ini. – REUTERS


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky