Krisis Serantau Hanya Menguntungkan Israel: Nasrallah

Krisis Serantau Hanya Menguntungkan Israel: Nasrallah

Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa krisis di Timur Tengah dan Afrika Utara hanya menguntungkan rejim Israel semata-mata.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa krisis di Timur Tengah dan Afrika Utara hanya menguntungkan rejim Israel semata-mata.

Nasrallah membuat kenyataan itu di dalam sebuah ucapan yang dibuat bersempenaan Hari Quds sedunia yang dianjurkan setiap tahun pada hari Jumaat terakhir bulan suci Ramadhan.

Beliau berkata sambutan Hari Quds kini semakin hari semakin tersebar di seluruh dunia dan semakin banyak negara yang menganjurkannya sejak hari itu diumumkan oleh pengasas Republik Islam Iran, Almarhum Ayatullah Khomeini.

Nasrallah turut berkata bahawa objektif bagi setiap perkembangan dan peperangan terkini di rantau Timur Tengah adalah untuk menjadikan negara-negara di rantau itu menerima kedudukan Tel Aviv. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa rejim Israel juga mengambil kesempatan daripada situasi yang wujud di rantau itu untuk meminggirkan isu Palestin.

Juga dalam ucapannya, beliau berkata kumpulan pengganas Takfiri Daesh dan al-Nusra dibentuk oleh kerajaan Amerika Syarikat dan beberapa negara lain untuk menggulingkan kerajaan Syria, yang beliau sebutkan sebagai penghalang kepada sebarang kompromi yang direka mereka untuk meminggirkan isu Palestin.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa Daesh dihantar ke Iraq selepas kerajaan Baghdad menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi mereka ke atas kumpulan-kumpulan perlawanan di rantau itu (seperti Hizbullah).

Beliau juga berkata bahawa kempen ganas Arab Saudi di Yaman dilancarkan kerana warga Yaman berdiri bersama-sama rakyat Palestin dan dalam masa yang sama menyatakan penentangan mereka ke atas rejim Israel.

Setiausaha Agung Hizbollah itu turut memuji peranan Iran sebagai pendukung utama Palestin dan kumpulan perlawanan. Beliau berkata Arab Saudi cuba untuk mengasingkan Iran di rantau tersebut dan dalam masa yang sama berusaha untuk membawa peperangan ke dalam wilayah-wilayah Iran sendiri. Walau bagaimanapun, beliau berkata rejim Riyadh terlalu lemah dan takut untuk melancarkan sebarang peperangan ke atas Iran.

Nasrallah juga berkata kuasa dan pengaruh Iran ke atas isu-isu serantau kini semakin meningkat.

Beliau berkata kehadiran Iran di Syria juga akan lebih kukuh berbanding sebelum ini sambil merujuk kepada serangan peluru berpandu Tehran baru-baru ini ke atas sasaran Daesh di timur Syria yang membunuh ramai pengganas serta memusnahkan kedudukan penting mereka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini