Kumpulan Pembangkang Syria Tajaan Kuasa Asing Sudah Kehilangan Kuasa: Rusia

Kumpulan Pembangkang Syria Tajaan Kuasa Asing Sudah Kehilangan Kuasa: Rusia

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa kumpulan pembangkang Syria yang ditaja oleh negara-negara asing kini secara progresif kehilangan kuasa mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa kumpulan pembangkang Syria yang ditaja oleh negara-negara asing kini secara progresif kehilangan kuasa mereka.

Lavrov membuat kenyataan itu pada hari Khamis di dalam sebuah pertemuan dengan Ahmad Jarba yang merupakan pemimpin kumpulan Tomorrow Movement, sebuah kumpulan pembangkang Syria yang berpusat di Kaherah.

"Perwakilan kumpulan pembangkang (yang berpusat di) luar (Syria) yang seringkali bertindak berdasarkan ultimatum, pra-syarat dan secara jujurnya lebih mempromosikan idea penaja asing mereka daripada (memperjuangkan) kepentingan rakyat Syria sedang kehilangan pengaruh mereka secara berperingkat," kata beliau.

Ketua diplomat Rusia itu turut memuji "proses yang (berlangsung) dengan baik di dalam kelompok pembangkang Syria" yang bertujuan untuk menyelesaikan krisis Syria sambil berkata bahawa Moscow secara aktif berusaha untuk meningkatkan perundingan di antara pihak yang bertelagah di Syria.

"Sebuah aspek penting (di dalam meregangkan ketegangan) ialah memulakan dialog dalaman Syria, mengekalkan gencatan senjata, mewujudkan zon-zon de-eskalasi yang merupakan sebahagian daripada proses (perundingan) Astana dan menempa kehidupan yang aman," kata Lavrov lagi.

Masyarakat dunia percaya bahawa "Hanya warga Syria yang berhak menentukan nasib negara mereka dan mereka juga perlu bersetuju di antara satu sama lain," tambahnya.

Jarba pula menegaskan perihal pentingnya perundingan damai dan memuji Rusia berikutan usaha Moscow di dalam mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda negara Arab tersebut.

"Dialog dalaman Syria di antara pembangkang dan pasukan pro-kerajaan sangat diperlukan untuk mencari sebuah jalan yang akan menyelesaikan krisis ini," katanya.

Pihak pembangkang Syria bertekad untuk "mencari penyelesaian bersama dan penyelesaian itu perlu bersifat politik," tambahnya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini