Kumpulan Takfiri Daesh Mula Sasarkan Wanita Arab Sunni

Kumpulan Takfiri Daesh Mula Sasarkan Wanita Arab Sunni

Anggota kumpulan pengganas Takfiri daesh dilaporkan menahan, melayani dengan buruk dan menyeksa para wanita Arab Sunni di kawasan yang dikuasai mereka di Iraq. Mereka juga memaksa para kumpulan wanita itu untuk mengahwini individu tertentu - Pencabulan hak itu adalah yang pertama dilaporkan berlaku ke atas wanita dan gadis Arab Sunni.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Anggota kumpulan pengganas Takfiri daesh dilaporkan menahan, melayani dengan buruk dan menyeksa para wanita Arab Sunni di kawasan yang dikuasai mereka di Iraq. Mereka juga memaksa para kumpulan wanita itu untuk mengahwini individu tertentu tanpa kerelaan mangsa - Pencabulan hak itu adalah yang pertama dilaporkan berlaku ke atas wanita dan gadis Arab Sunni.

Para pengkaji daripada pertubuhan Human Right Watch (HRW) yang menemu-ramah sekumpulan wanita yang meninggalkan pekan Hawija -kawasan yang dikuasai Daesh- dan menuju ke bandar Kirkuk telah menemui bukti yang menunjukkan bahawa perilaku biadap itu turut berlaku di dalam komuniti Arab Sunni.

Menurut mereka, walaupun perkara ini pernah dibuktikan terjadi ke atas komuniti Yazidi -termasuk pembunuhan 250 orang gadis daripada komuniti itu yang enggan menjadi hamba seks kepada kumpulan itu- , perkara ini adalah yang pertama direkodkan di kalangan masyarakat Arab Sunni.

Seorang wanita memberitahu bahawa dia dipaksa berkahwin dengan sepupunya yang kemudiannya merogolnya. Seorang wanita lain pula mengatakan bahawa rumahnya dimusnahkan oleh pengganas apabila suaminya meninggalkan kumpulan itu. Dia kemudiannya dipaksa berkahwin dengan pengganas yang lain.

Pada bulan April tahun 2016, Daesh dilaporkan menculik sekumpulan besar wanita yang cuba meninggalkan Hawija dan menahan mereka selama beberapa bulan di dalam sebuah rumah tinggal. Di sana, mereka dilaporkan dirogol di hadapan anak-anak mereka sendiri pada setiap hari.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini