PBB Dan Ansarullah Kecam Pengeboman Arab Saudi Ke Atas Wanita Dan Kanak-Kanak

PBB Dan Ansarullah Kecam Pengeboman Arab Saudi Ke Atas Wanita Dan Kanak-Kanak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan para pegawai kerajaan Yaman mengecam keras serangan udara Arab Saudi yang menyasarkan sebuah upacara perkabungan yang berlangsung berhampiran dengan kota Sana'a. Serangan itu menyebabkan 9 orang warga awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan para pegawai kerajaan Yaman mengecam keras serangan udara Arab Saudi yang menyasarkan sebuah upacara perkabungan yang berlangsung berhampiran dengan kota Sana'a. Serangan itu menyebabkan 9 orang warga awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Majlis Politik Ansarullah mengutuk serangan itu dan menggambarkannya sebagai sebuah 'jenayah dahsyat'. Serangan itu dilancarkan oleh pakatan tajaan Arab Saudi ke atas daerah Arhab pada hari Khamis.

"Serangan itu sekali lagi menunjukkan kebuasan pihak musuh dan membuktikan bahawa mereka tidak pernah komited terhadap sebarang prinsip keagamaan dan nilai kemanusiaan," baca sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh badan yang sama pada hari Khamis.

Majlis Politik Ansarullah turut menambah di dalam kenyataan yang sama bahawa mereka akan memberikan tindak balas yang tegas kepada Arab saudi berikutan jenayah mereka di negara Arab itu.

Serangan yang dilancarkan pada hari Khamis itu turut mencederakan 10 irang yang lain. Angka kematian juga dijangka akan terus meningkat memandangkan sebahagian daripada mereka yang cedera berada di dalam keadaan yang kritikal.

Warga tempatan dilaporkan menghabiskan masa berjam-jam untuk mengeluarkan mayat mangsa daripada runtuhan.

PBB turut menyertai kerajaan Yaman di dalam mengecam tindakan ganas Arab Saudi itu dengan Pejabat Koordinasi berkaitan urusan Bantuan Kemanusiaan (OCHA) melahirkan rasa terkejut mereka ke atas insiden tersebut.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini