Pelajar Wanita Dakwa Disingkir Kerana Penampilan Maskulin

Pelajar Wanita Dakwa Disingkir Kerana Penampilan Maskulin

Kira-kira 27 pelajar wanita di Universiti Umm al-Qura di sini, didakwa disingkirkan daripada institusi itu kerana memiliki penampilan maskulin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kira-kira 27 pelajar wanita di Universiti Umm al-Qura di sini, didakwa disingkirkan daripada institusi itu kerana memiliki penampilan maskulin.

Laporan akhbar Mecca menyatakan, kumpulan pelajar wanita berkenaan mendakwa mereka dikenakan tindakan itu kerana mempunyai potongan rambut lelaki, tidak bersolek, tidak memakai barang kemas atau perhiasan, memakai pakaian jenama lelaki, gaya berjalan maskulin, bentuk wajah tajam, dada bidang dan tahi lalat di muka.

Mereka membantah dakwaan itu dan berkata tahi lalat, bentuk wajah tajam dan dada bidang adalah situasi yang tidak boleh diubah.

Mereka juga tidak bersolek kerana kulit sensitif dan berkata, memiliki rambut panjang pada paras normal dan mempunyai gaya jalan biasa serta memakai pakaian sukan yang sesuai untuk kedua-dua jantina.

Akhbar dimaklumkan, pelajar berkenaan boleh merayu keputusan itu dan diberi hukuman lebih ringan dengan menghantar rayuan bertulis kepada pihak terbabit. -Sputnik


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini