Penduduk Palestin Cedera Ditembak Meninggal Dunia

Penduduk Palestin Cedera Ditembak Meninggal Dunia

Penduduk Palestin yang cedera ditembak tiga bulan lalu ketika pertempuran di sepanjang sempadan Genting Gaza dan dirawat di Mesir disahkan meninggal dunia, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penduduk Palestin yang cedera ditembak tiga bulan lalu ketika pertempuran di sepanjang sempadan Genting Gaza dan dirawat di Mesir disahkan meninggal dunia, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, hari ini.

Wissam Hijazi, 30, alami kecederaan akibat terkena tembakan dilepaskan terhadap penunjuk perasaan yang membantah pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis pada Mei lalu.

"Jenazahnya masih belum dihantar pulang ke Gaza," kata jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra.

Kematian Hijazi menjadikan jumlah korban keganasan pada 14 Mei itu mencecah 63 orang.

Pemindahan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis itu dilakukan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Kota Lama itu sebagai ibu negara Israel hingga mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Protes sepanjang sempadan yang telah dilancarkan sejak 30 Mac lalu juga meragut sekurang-kurangnya 169 nyawa. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky