?>

Penembak Tepat Yaman Bunuh 64 Tentera Saudi Pada Bulan April Sahaja

Penembak Tepat Yaman Bunuh 64 Tentera Saudi Pada Bulan April Sahaja

Sebuah laporan mengatakan bahawa para anggota penembak tepat Yaman telah berjaya membunuh sekitar 64 orang anggota tentera Arab Saudi pada bulan April sahaja. Perkara itu termasuk sebahagian daripada operasi serangan balas mereka terhadap rejim Riyadh yang melancarkan kempen ketenteraan ke atas negara Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah laporan mengatakan bahawa para anggota penembak tepat Yaman telah berjaya membunuh sekitar 64 orang anggota tentera Arab Saudi pada bulan April sahaja. Perkara itu termasuk sebahagian daripada operasi serangan balas mereka terhadap rejim Riyadh yang melancarkan kempen ketenteraan ke atas negara Yaman.

Stesyen televisyen al-Masirah melaporkan perkara itu pada hari Jumaat sambil berkata anggota tentera rejim Riyadh itu dibunuh di dalam serangan hendap oleh unit penembak tepat yang beroperasi di wilayah Jizan, Najra dan al-Asir. Kesemua wilayah itu terletak di dalam negara Arab Saudi.

Berhubung kematian itu, laporan menyatakan bahawa 47 daripadanya berlaku di Jizan, 9 di Najran dan 8 di Asir.

Tentera Yaman yang disokong oleh sekutu mereka daripada pergerakan Ansarullah al-Houhti telah melancarkan beberapa serangan balas di dalam wilayah Arab Saudi berikutan tindakan Riyadh yang melancarkan kempen pengeboman di negara jirannya itu.

Arab Saudi memulakan kempen ganas mereka di Yaman sejak Mac 2015 dalam usaha mereka mengembalikan kuasa kepada sekutunya di negara itu. Kempen itu setakat ini telahpun menyebabkan sekitar 12,000 orang awam Yaman menemui ajal mereka.

Kempen itu setakat ini gagal menemui objektifnya untuk menjatuhkan gerakan Ansarullah al-Houthi dalam rangka mengembalikan kuasa kepada bekas Presiden Yaman yang merupakan sekutu Riyadh. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*