Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Terbesar Rusia Tiba Di Syria

Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Terbesar Rusia Tiba Di Syria

Rusia hantar bantuan kemanusiaan terbesar ke Syria yang dibawa ke pelabuhan Tartus yang terletak di negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia hantar bantuan kemanusiaan terbesar ke Syria yang dibawa ke pelabuhan Tartus yang terletak di negara Arab itu.

Bantuan kemanusiaan seberat 10,000 tan yang kebanyakannya terdiri daripada bahawa makanan telah tiba di pelabuhan berkenaan pada hari Rabu. Bantuan itu dibawa oleh dua buah kapal kargo bernama Sparta-1 dan Sparta-2.

"Ini adalah penghantaran bantuan kemanusiaan yang terbesar pernah dihantar ke Syria melalui jalan laut. Penghantaran secara umumnya terdiri daripada bahan makanan -tepung, gula dan makanan dalam tin. Di dalam masa yang sama, makanan dalam tin itu dihantar dengan mengambil kira kesensitifan warga Syria. Oleh kerana itu, makanan dalam tin itu terdiri daripada daging dan ikan," kata pihak Rusia.

Ketika bercakap dengan pihak media, Datuk Bandar Tartus, Haider Murhej, mengucapkan terima kasih kepada Rusia berhubung bantuan tersebut sambil menekankan kepentingan menghantar bekalan itu secepat mungkin kepada mereka yang memerlukannya.

Syria telah dirunding konflik sejak tahun 2011 apabila pihak militan yang menurut Damsyik dibantu oleh kuasa asing. Dengan bantuan udara Rusia, kerajaan Syria berjaya menukarkan situasi di lapangan kepada keadaan yang menguntungkan mereka.

Rusia mula mengebom keududukan pengganas dan militan sejak mendapat permintaan daripada kerajaan sah Syria.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini