Rakyat Turki Mengundi Untuk Pungutan Suara Terpenting

Rakyat Turki Mengundi Untuk Pungutan Suara Terpenting

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengundi bersama jutaan rakyat negara itu dalam pungutan suara yang bakal mengubah landskap politik negara berkenaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengundi bersama jutaan rakyat negara itu dalam pungutan suara yang bakal mengubah landskap politik negara berkenaan.

Erdogan sedang berusaha untuk mengubah sistem politik Turki sedia ada dengan menggantikannya dengan sistem Presiden yang berkuasa penuh.

Tinjauan pendapat terkini menunjukkan undian 'Ya' memiliki sedikit kelebihan sekali gus membolehkan Erdogan kekal sebagai Presiden Turki sekurang-kurangnya sehingga tahun 2029.

Erdogan serta mereka yang mengundi 'Ya' berpendapat perubahan diperlukan untuk meminda perlembagaan serta mengatasi cabaran keselamatan dan politik yang dihadapi Turki.

Pembangkang pula berpendapat undian 'Ya' berbahaya kepada Turki, susulan tindakan 'pembersihan' keras Erdogan apabila 47,000 individu dipenjara dan 120,000 dipecat atau digantung daripada tugas selepas kegagalan rampasan kuasa pada Julai tahun lalu.

Walaupun pembersihan itu dikecam sekutu barat Turki, Erdogan bertegas untuk meneruskan tindakan itu jika pungutan suara terbabit memihak kepadanya.

Sekiranya Erdogan berjaya, Turki terpaksa memansuhkan jawatan Perdana Menteri, manakala jawatan eksekutif Presiden yang baharu berupaya merangka bajet, dan mengisytiharkan darurat.

Jika keputusannya 'Ya' seperti diramal tinjauan pendapat, sama ada ia betul atau salah, Turki kini berada di persimpangan dan mungkin kekal begitu untuk beberapa tempoh akan datang. -Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini