Tentera Israel Serbu Sekolah, Puluhan Pelajar Cedera

Tentera Israel Serbu Sekolah, Puluhan Pelajar Cedera

Puluhan pelajar Palestin cedera ditembak dan sesak nafas akibat gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel yang menyerbu sekolah mereka di tengah Tebing Barat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Puluhan pelajar Palestin cedera ditembak dan sesak nafas akibat gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel yang menyerbu sekolah mereka di tengah Tebing Barat.

Sumber tempatan memaklumkan serbuan itu dilakukan ke atas sebuah sekolah tinggi di bandar Tuqu' terletak 12 kilometer di tenggara Baitulaham, hari ini.

"Pihak berkuasa rejim Zionis turut menahan pengetua dan kakitangan sekolah tersebut. Mereka memaksa pelajar dan staf mengosongkan premis itu sebelum tentera Israel mengambil alih sekolah itu dan menutupnya," katanya.

Difahamkan, dua laluan utama ke bandar itu juga ditutup. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky