?>

Tentera Penceroboh Cuba Naikkan Kerajaan Boneka Di Yaman: Houthi

Tentera Penceroboh Cuba Naikkan Kerajaan Boneka Di Yaman: Houthi

Pemimpin Gerakan Ansarullah Yaman berkata bahwa rejim Riyadh cuba untuk menaikkan kerajaan boneka di negaranya melalui kempen ketenteraan mereka ke atas negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Gerakan Ansarullah Yaman berkata bahwa rejim Riyadh cuba untuk menaikkan kerajaan boneka di negaranya melalui kempen ketenteraan mereka ke atas negara tersebut.

Abdul Malik Badreddin al-Houthi di dalam sebuah ucapan yang disiarkan di dalam kaca televisyen berkata bahawa angkatan tentera penceroboh cuba untuk menaikkan kerajaan boneka yang lemah dalam rangka melindungi kepentingan Arab Saudi, Amerika Syarikat dan juga UAE di rantau dan di negara itu. Beliau membuat kenyataan itu pada hari Jumaat di ibu kota Yaman, Sana'a.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa A.S, Arab Saudi dan UAE cuba untuk menguasai kekayaan dan wilayah Yaman di samping merampas kawalan ke atas Selat Bab al-Mandeb melalui perencanaan mereka itu.

Houthi turut berkata bahawa kempen pengeboman Arab Saudi ke atas negara itu adalah sebuah usaha mereka untuk menghilangkan identiti warga Yaman.

Ketua Ansarullah itu kemudiannya berkata bahawa warga Yaman akan terus menentang pencerobohan itu sehingga mereka berjaya membebaskan wilayah negara itu secara keseluruhan. Menurut beliau, warga Yaman tidak akan pernah tunduk kepada penjajahan.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*