?>

Tentera Yaman Tembak Jatuh Helikopter Arab Saudi, Sekurang-Kurangnya 12 Anggota Tentera Terbunuh

Tentera Yaman Tembak Jatuh Helikopter Arab Saudi, Sekurang-Kurangnya 12 Anggota Tentera Terbunuh

Lebih daripada 12 orang anggota tentera Arab Saudi dilaporkan terbunuh apabila angkatan tentera bersekutu Yaman menembak jatuh sebuah helikopter 'Black Hawk' yang sedang menjalankan operasi ketenteraan ke atas negara yang sedang bergolak itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih daripada 12 orang anggota tentera Arab Saudi dilaporkan terbunuh apabila angkatan tentera bersekutu Yaman menembak jatuh sebuah helikopter 'Black Hawk' yang sedang menjalankan operasi ketenteraan ke atas negara yang sedang bergolak itu.

Agensi berita Arab Saudi, SPA, mengesahkan insiden tersebut pada hari Selasa. Akan tetapi tiada sebarang komen dibuat berhubung punca kejadian tersebut.

Sebelum itu, sumber tentera yang bersekutu dengan gerakan Houthi Ansarullah Yaman berkata bahawa helikopter itu telah ditembak jatuh pada awal hari Selasa di wilayah Ma'rib.

Mereka turut menambah dengan mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh di dalam nahas tu yang terdiri daripada anggota tentera Arab Saudi dan negara-negara Teluk. Media Arab Saudi walau bagaimanapun mendakwa bahawa angka kematian hanyalah 12 orang sahaja.

Pegawai tentera Arab Saudi kemudiannya dengan pantas mengesahkan tentang insiden itu. Akan tetapi, mereka mengatakan bahawa punca nahas terkait dengan sistem peluru berpandu pemintas yang secara salah menyasarkan helikopter itu. Menurut mereka, sistem itu dioperasikan oleh tentera UAE.

Pihak Yaman pula mengatakan bahawa angkatan tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh bertanggungjawab menjatuhkan helikopter itu dengan peluru berpandu darat ke udara.

Riyadh mengatakan mereka yang terbunuh terdiri daripada anggota pasukan khas dan kru pesawat. Menurut mereka, sebuah siasatan telah dimulakan untuk mengenal pasti punca masalah.

Arab Saudi dan sekutunya setakat ini menyaksikan angka kematian sekitar 500 orang anggota tentera.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*