Tuntutan Pakatan Pimpinan Arab Saudi Tidak Masuk Akal: Qatar

Tuntutan Pakatan Pimpinan Arab Saudi Tidak Masuk Akal: Qatar

Qatar berkata bahawa tuntutan yang dibuat oleh pakatan pimpinan Arab Saudi ke pada Doha sebagai prasyarat untuk menamatkan sekatan mereka ke atas negara Arab kecil tersebut tidak mungkin boleh ditunaikan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Qatar berkata bahawa tuntutan yang dibuat oleh pakatan pimpinan Arab Saudi ke pada Doha sebagai prasyarat untuk menamatkan sekatan mereka ke atas negara Arab kecil tersebut tidak mungkin boleh ditunaikan.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir pada awal bulan ini mengenakan sekatan perdagangan dan memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar dengan menuduh Doha menyokong keganasan.

Pakatan tersebut kemudiannya menyerahkan sebuah senarai tuntutan yang terdiri daripada 13 perkara kepada Qatar. Mereka memberikan Doha masa selama 10 hari untuk bertindak selari dengan tuntutan tersebut untuk mengelakkan sebarang respon yang tidak dijelaskan.

Tuntutan mereka termasuk penutupan rangkaian berita Al Jazeera, pemindahan tentera Turki dari bumi Qatar dan pengurangan kerjasama dengan Iran. Pakatan itu turut menuntut Qatar supaya menghalau anggota Unit Pengawal Revolusi Iran dari negara itu dan memutuskan hubungan dengan pertubuhan Ikhwan al Muslimin Mesir.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada hari Khamis berkata bahawa mereka bersedia untuk berbincang berkaitan "isu yang sah" dengan pakatan pimpinan Arab Saudi itu. Akan tetapi, sebahagian daripada tuntutan itu tidak masuk akal.

"Kami tidak boleh memutuskan hubungan dengan IS (Daesh), al-Qaeda dan... Hizbullah kerana hubungan yang disebutkan tidak pernah wujud," katanya.

Doha juga tidak boleh menghalau keluar anggota Unit Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dari negara itu keranan "tiada seorangpun (anggota IRGC) yang berada di Qatar."

Memandangkan mustahil untuk Doha berhenti melakukan perkara yang tidak pernah mereka lakukan, "kami membuat kesimpulan bahawa tujuan ultimatum itu bukanlah untuk menangani isu yang disenaraikan. Akan tetapi, (tuntutan) itu dibuat untuk menekan Qatar supaya menyerahkan kedaulatan mereka. Kami tidak akan pernah melakukan perkara ini," tambah beliau. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini