Turki Akan Dedah Pembunuhan Khashoggi

Turki Akan Dedah Pembunuhan Khashoggi

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk mendedahkan misteri pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, setelah Riyadh menyatakan tidak tahu di mana mayat mangsa dan Putera Mohammed Salman sendiri tidak sedar jika terdapat operasi membunuhnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk mendedahkan misteri pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, setelah Riyadh menyatakan tidak tahu di mana mayat mangsa dan Putera Mohammed Salman sendiri tidak sedar jika terdapat operasi membunuhnya.

Kenyataan pemimpin Turki itu dikeluarkan selepas Arab Saudi menjelaskan Khashoggi dibunuh di dalam kawasan diplomatik mereka di Istanbul.

"Kita mencari kebenaran dan kami akan mendedahkan kejadian sebenar, tidak melalui langkah biasa, tetapi ia adalah benar," kata Erdogan.

Dalam pada itu Presiden Donald Trump mengeluarkan komen keras menuduh Arab Saudi sebagai berbohong tentang pembunuhan Khashoggi.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menggambarkan pembunuhan itu sebagai kesilapan besar dan dilakukan dalam operasi membabitkan individu yang bertindak melebihi kuasa dan cuba menutupnya.

Jubeir dalam wawancara dengan Fox News menafikan operasi itu diarahkan oleh putera mahkota.

Erdogan, yang belum lagi menuduh Arab Saudi sebagai bertanggungjawab ke atas kes berkenaan, telah berbual melalui telefon dengan Trump dan telah bersetuju memperjelaskan pembunuhan tersebut.

Erdogan dijangka membuat kenyataan penuh pada Selasa ini.

Pihak berkuasa Turki berkata, mereka percaya 15 orang lelaki Arab Saudi tiba di Istanbul dalam dua penerbangan pada 2 Oktober lalu terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Riyadh menyatakan pula bahawa 15 lelaki tersebut telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya setahun yang lalu.

Arab Saudi menyatakan Khashoggi, masuk ke pintu kawasan diplomatik pada 2 Oktober dan dibebaskan dengan selamat.

Setakat ini Arab Saudi menyatakan Khashoggi terbunuh dalam pergelutan di konsulat dan lima pegawai tinggi telah dipecat dan 18 orang ditahan berhubung siasatan kes itu.

Khashoggi, sepatutnya berusia 60 tahun bulan ini, sedang memohon status pelarian dari Amerika Syarikat selepas meninggalkan Arab Saudi pada 2017. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky