Turki Dakwa Amerika Dan Rusia Telah Dimaklumkan Terlebih Dahulu Sebelum Serangan Ke Atas Posisi Kurdis

Turki Dakwa Amerika Dan Rusia Telah Dimaklumkan Terlebih Dahulu Sebelum Serangan Ke Atas Posisi Kurdis

Pegawai Turki mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Rusia telah dimaklumkan terlebih awal berhubung serangan udara yang dilancarkan Ankara ke atas posisi kumpulan militian Kurdis di Syria dan Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pegawai Turki mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Rusia telah dimaklumkan terlebih awal berhubung serangan udara yang dilancarkan Ankara ke atas posisi kumpulan militian Kurdis di Syria dan Iraq.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu pada hari Rabu berkata bahawa tentera Turki telah memaklumkan Washington dan Moscow sehari berhubung serangan yang menyasarkan kawasan bermajoriti penduduk Kurdis sehari sebelum serangan itu dilancarkan.

"Dua jam sebelum operasi ini, kami menyampaikan maklumat kepada A.S dan Rusia berhubung operasi yang akan kami jalankan," kata Cavusoglu.

Turki mendakwa bahawa sekitar 70 orang militan Kurdis terbunuh di dalam serangan yang dilancarkan ke atas kawasan yang disifatkan oleh Ankara sebagai "syurga pengganas" di Syria dan Iraq. Sumber di tempat kejadian walau bagaimanapun mengatakan bahawa hanya lebih daripada 24 orang terkorban di dalam serangan itu.

Serangan itu dengan pantas menjengkelkan Washington yang mengatakan bahawa mereka "amat bimbang" dengan kenyataan bahawa serangan itu dilancarkan tanpa "koordinasi yang perlu" sama ada dengan pemerintah tentera A.S ataupun daripada negara-negara yang terlibat di dalam pakatan yang dipimpin oleh mereka.

Kerajaan Iraq dengan segera mengecam tindakan Turki sambil mengatakan bahawa Ankara telah mencabuli kedaulatan ruang udaranya.

Kerajaan tempatan Kurdistan turut mengecam tindakan itu yang menurutnya telah membunuh 6 orang pejuang Peshmerga.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini