Turki Duduki Wilayah Syria, Cuba Bina Bandar Di Sana: Duta Damsyik

Turki Duduki Wilayah Syria, Cuba Bina Bandar Di Sana: Duta Damsyik

Duta Besar Damsyik Ke Moscow mendakwa bahawa Turki sedang cuba untuk membina sebuah bandar berdekatan dengan bandar al-Bab yang terletak di utara Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Besar Damsyik Ke Moscow mendakwa bahawa Turki sedang cuba untuk membina sebuah bandar berdekatan dengan bandar al-Bab yang terletak di utara Syria.

Riad Haddad memberitahu agensi berita Sputnik pada hari Rabu bahawa situasi di lapangan berbeza daripada dakwaan Ankara yang sebelum ini menyatakan kepada dunia bahawa mereka telah menamatkan kempen mereka di tanah Syria. Damsyik menganggap kempen Ankara itu sebagai sebuah pencerobohan dan terkeluar daripada norma hubungan antarabangsa.

"Secara pratiknya Turki belum lagi mengundurkan tenteranya yang kini ditempatkan di bandar al-Bab dan kini sedang berusaha untuk membina sebuah bandar di sana dengan bantuan beberapa pihak yang merupakan sekutu mereka -saya merujuk kepada kumpulan pengganas yang berada di kawasan itu- sekaligus mencabul kedaulatan wilayah Republik Arab Syria," kata Haddad.

Turki mula menceroboh wilayah Syria pada 24 Ogos tahun lepas dengan alasan untuk menjauhkan pengganas Daesh dari sempadan mereka dan menyekat kemaraan pasukan Kurdis. Damsyik mengecam keras tindakan itu di samping menyatakan bahawa Syria berhak untuk bertindak balas kepada tentera Turki yang berada di wilayahnya.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini