Turki Kekalkan Kedudukan Tentera Di Syria

Turki Kekalkan Kedudukan Tentera Di Syria

Turki akan mengekalkan kedudukan tenteranya di Syria walaupun sudah menghentikan serangan terhadap militan Daesh di utara negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki akan mengekalkan kedudukan tenteranya di Syria walaupun sudah menghentikan serangan terhadap militan Daesh di utara negara itu.

"Aktiviti kami diteruskan untuk melindungi keselamatan negara kita, mengelak mana-mana pihak yang tidak diingini dan membolehkan pelarian Syria kembali ke negara mereka, selain memastikan keselamatan dan kestabilan di rantau ini," kata tentera dalam satu kenyataan.

Tentera berkata, operasi terhadap Daesh dan 'pengganas' di rantau itu sudah berjaya sepenuhnya. Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim yang mengumumkan operasi 'Euphrates Shield' Rabu lalu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan memulakan operasi ketenteraan baharu di Syria.

Jurucakap kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin, berkata penamatan operasi tentera itu tidak bermaksud Turki akan mengabaikan apa yang berlaku di sempadan selatan.

"Langkah keselamatan di wilayah bergolak akan ditingkatkan ke peringkat tertinggi," katanya tanpa memberi maklumat lanjut. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini