UNRWA Buka Semula Sekolah Untuk Palestin

UNRWA Buka Semula Sekolah Untuk Palestin

Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) memaklumkan sekolah yang mengajar separuh juta pelarian Palestin akan dibuka semula di seluruh Timur Tengah seperti waktu ditetapkan walaupun berdepan kekurangan dana akibat sekatan dibuat Amerika Syarikat (AS).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) memaklumkan sekolah yang mengajar separuh juta pelarian Palestin akan dibuka semula di seluruh Timur Tengah seperti waktu ditetapkan walaupun berdepan kekurangan dana akibat sekatan dibuat Amerika Syarikat (AS).

Badan di bawah PBB itu dalam satu kenyataan, semalam berkata, pembukaan kesemua 711 sekolah untuk 526,000 murid di wilayah Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria bakal dilakukan pada bulan ini.

Jelasnya ia juga mengalami masalah kekurangan dana untuk membayar gaji 22,000 guru yang berkhidmat dalam rangkaian pendidikan mereka di Genting Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur serta Jordan dan Syria.

Sementara itu, pada sidang khas Suruhanjaya Penasihat UNRWA di Amman, Pesuruhjaya Umum. Pierre Krahenbuhl memberitahu agensi itu telah menerima sumbangan tambahan AS$238 juta (RM976 juta).

"Dana kami hanya mencukupi untuk terus beroperasi hingga akhir bulan depan. Kami memerlukan AS$217 juta (RM890 juta) untuk memastikan sekolah tidak hanya dibuka malah dapat terus dijalankan hingga akhir tahun ini," ujarnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi amaran sekolah mungkin tidak dapat dibuka kerana pemotongan dana berjumlah AS$300 juta (RM1.2 bilion) oleh Presiden AS, Donald Trump.

Krisis dana yang semakin meruncing menyebabkan UNRWA terpaksa menghentikan 250 pekerjaan di wilayah Palestin pada bulan lalu. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky