Persatuan Pengguna Gesa Umrah Diurus Tabung Haji

Persatuan Pengguna Gesa Umrah Diurus Tabung Haji

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyarankan Lembaga Tabung Haji (TH) dijadikan badan menguruskan lesen bagi ibadah umrah dalam usaha mengekang kegiatan penipuan oleh ejen yang mengendalikan pakej ibadah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyarankan Lembaga Tabung Haji (TH) dijadikan badan menguruskan lesen bagi ibadah umrah dalam usaha mengekang kegiatan penipuan oleh ejen yang mengendalikan pakej ibadah itu.

Presiden CAP, S M Mohamed Idris berkata TH mempunyai keupayaan dan kecekapan dalam menguruskan hal berkaitan haji dan hanya memerlukan pendekatan terakhir untuk menggabungkan perkara berkaitan umrah dalam mekanisme sedia ada.

“Kami menggesa Akta Tabung Haji 1995 dipinda bagi memasukkan perkara ibadah umrah dalam akta tersebut.

“Jika perlu, perbaharui sistem sedia ada untuk membolehkan Tabung Haji menjadi badan yang mengendalikan hal ehwal umrah,” katanya.

Beliau berkata CAP percaya langkah TH menguruskan hal berkaitan ibadah umrah adalah cara terbaik menghapuskan isu penipuan pakej umrah.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky