250 Pelarian Dikhuatiri Lemas Di Mediterranean

250 Pelarian Dikhuatiri Lemas Di Mediterranean

Lebih 250 pelarian Afrika dikhuatiri lemas di Mediterranean, selepas sebuah bot penyelamat milik pasukan kebajikan menemui lima mayat terapung berhampiran sebuah bot getah yang karam di Laut Libya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih 250 pelarian Afrika dikhuatiri lemas di Mediterranean, selepas sebuah bot penyelamat milik pasukan kebajikan menemui lima mayat terapung berhampiran sebuah bot getah yang karam di Laut Libya.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berkata, pihaknya meningkatkan langkah pemantauan selepas Golfo Azzuro, bot yang dimiliki pertubuhan bukan kerajaan Sepanyol, Proactive Open Arms (Proactiva) melaporkan penemuan itu kira-kira 24 kilometer di luar pesisir pantai Libya.

"Kami tidak fikir ada penjelasan lain, selain bot itu penuh sesak dengan orang. Jelas sekali mereka karam," kata jurucakap Proactiva, Laura Lanuza kepada AFP.

Lanuza berkata, mayat yang ditemui dipercayai lelaki Afrika berusia antara 16 tahun dan 25 tahun. Menurut kakitangan perubatan, mangsa lemas kira-kira 24 jam sebelum ditemui di perairan di utara pelabuhan Sabrata, Libya.

Hampir 6,000 orang berjaya diselamatkan bot penyelamat milik Itali sejak akhir minggu lalu, menjadikan jumlah yang dibawa ke Itali mencecah 22,000 orang sejak awal tahun ini. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini