27 Negara EU Luluskan Syarat Brexit

27 Negara EU Luluskan Syarat Brexit

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan syarat 'perpisahan' Britain dari blok tersebut ketika sidang kemuncak di Brussels, Belgium. Syarat yang dianggap tegas itu mengandungi beberapa tuntutan utama Brussels termasuk hak warga EU di Britain dan juga isu berkaitan pampasan kewangan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan syarat 'perpisahan' Britain dari blok tersebut ketika sidang kemuncak di Brussels, Belgium. Syarat yang dianggap tegas itu mengandungi beberapa tuntutan utama Brussels termasuk hak warga EU di Britain dan juga isu berkaitan pampasan kewangan.

Kelmarin, pemimpin 27 negara EU sebulat suara menerima pakai draf garis panduan yang dikeluarkan Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk bulan lalu selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May memulakan proses Brexit secara rasmi pada akhir Mac lalu.

"EU27 mencapai persetujuan berhubung garis panduan itu. Kami sedia untuk mandat politik yang adil dan kukuh bagi menjayakan rundingan tersebut," kata Tusk yang mempengerusikan sidang kemuncak tersebut.

Sebelum ini, Tusk menggesa Britain supaya mengambil tindakan yang serius ke atas isu berkaitan nasib warga EU yang menetap di negara itu selepas Brexit sambil menegaskan bahawa Brussels mahukan "jaminan" berhubung perkara itu.

"Kami mahu jaminan kerana Suruhanjaya Eropah menyediakan senarai penuh hak dan manfaat kepada mereka yang terjejas selepas Britain keluar daripada EU," katanya.

Perkembangan di atas berlaku di sebalik ketegangan yang wujud di antara London dan Brussels dengan para pegawai EU merungut bahawa Perdana Menteri Britain tetap berdegil dengan harapannya yang dianggap tidak "realistik."

Ketegangan itu menjadi isu umum apabila Canselor Jerman, Angela Merkel menegaskan bahawa UK sedang berilusi berhubung kuasa perundingan mereka.

"Apa yang menjengkelkan EU ialah Britain menanggapi perkara ini seakan-akan perundingan tersebut bersifat setara, seakan-akan hak sebuah negara setara dengan hak 27 buah negara yang lain -realitinya ialah Artikel 50 tidak berfungsi sedemikian," kata seorang pegawai kanan EU yang dinukilkan oleh media Britain.

Rundingan Brexit dijangka bermula selepas pilihan raya awal yang dicadangkan May pada 8 Jun depan. - Media


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky