300 Berarak Tuntut Keadilan Tragedi Grenfell

300 Berarak Tuntut Keadilan Tragedi Grenfell

Kira-kira 300 orang berarak secara aman sepanjang kejiranan di kawasan barat di sini, lokasi kebakaran yang mengorbankan 80 nyawa, Jun lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kira-kira 300 orang berarak secara aman sepanjang kejiranan di kawasan barat di sini, lokasi kebakaran yang mengorbankan 80 nyawa, Jun lalu.

Peserta berhimpun dekat Menara Grenfell yang terbakar hingga menyebabkan ada mayat tidak dapat dikenal pasti.

Poster mangsa yang hilang dan terkorban turut diedar sebelum perarakan berakhir di tugu peringatan. Ada peserta membawa sepanduk bertulis 'Keadilan untuk Grenfell' manakala yang lain menyalakan lilin.

Seorang peserta, Clarrie Mendy, kehilangan dua ahli keluarga dalam kebakaran yang turut mengorbankan jurugambar Khadija Saye yang tinggal di tingkat 20, menara 24 tingkat itu.

"Saya berada di sini hari ini untuk menyertai komuniti, memberi sokongan dalam memastikan keadilan ditegakkan dan penghormatan kepada ahli keluarga saya," katanya.

Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dalam kejadian itu tetapi jumlah sebenar belum dikeluarkan kerana polis masih menjalankan kerja mencari di bangunan berkenaan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky