4 Terbunuh Dan 20 Cedera Di Dalam Serangan Pengganas Di Luar Parlimen U.K

4 Terbunuh Dan 20 Cedera Di Dalam Serangan Pengganas Di Luar Parlimen U.K

4 orang dilaporkan terbunuh manakala 20 yang lain pula mengalami kecederaan di luar Parlimen U.K yang terletak di ibu kota London selepas seorang penyerang merempuh keretanya ke arah pejalan kaki dan menikam seorang pegawai polis. Di dalam perkembangan lain, Polis Metropolitan London telah mengisytiharkan insiden itu sebagai sebuah serangan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - 4 orang dilaporkan terbunuh manakala 20 yang lain pula mengalami kecederaan di luar Parlimen U.K yang terletak di ibu kota London selepas seorang penyerang merempuh keretanya ke arah pejalan kaki dan menikam seorang pegawai polis. Di dalam perkembangan lain, Polis Metropolitan London telah mengisytiharkan insiden itu sebagai sebuah serangan pengganas.

Pihak polis berkata bahawa mereka yang terbunuh termasuk seorang pegawai polis, individu yang disyaki sebagai penyerang dan 2 orang pejalan kaki yang berada di Westminster Bridge.

Pihak berkuasa mengisytiharkan serangan itu sebagai sebuah "insiden keganasan." Akan tetapi, mereka juga berkata bahawa pihak mereka tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa penyerang mempunyai motif berbeza daripada apa yang mereka usulkan.

Pertubuhan Media British melaporkan bahawa sebuah kereta merempuh ke arah pejalan kaki di lorong pejalan kaki yang terletak di Westminster Bridge sekaligus menyebabkan beberapa "kecederaan serius." Polis berkata, para penyiasat mereka percaya bahawa lokasi tersebut adalah tempat di mana 2 warga awam terbunuh di dalam kejadian tersebut.

Kenderaan itu kemudiannya melanggar pagar yang mengelilingi bangunan Parlimen dan seorang lelaki yang memegang pisau muncul sebelum menikam seorang anggota polis. Penyerang itu kemudiannya ditembak mati oleh pihak polis.

Berikutan perkara itu, bangunan Parlimen U.K ditutup dan para perwakilan dinasihatkan untuk kekal berada di dalam bangunan tersebut.

David Lidington, pemimpin dewan rakyat memperitahu para perwakilan: "Apa yang boleh saya katakan kepada sidang ialah, telah berlaku sebuah insiden yang serius."

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini