59 % Warga U.K Diami Kawasan Yang Udaranya Tercemar

59 % Warga U.K Diami Kawasan Yang Udaranya Tercemar

Sekitar enam puluh peratus daripada warga Britain dilaporkan hidup di dalam persekitaran udara yang tercemar, lapor sebuah kajian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekitar enam puluh peratus daripada warga Britain dilaporkan hidup di dalam persekitaran udara yang tercemar, lapor sebuah kajian.

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh The Guardian, 59 % warga Britain mendiami pekan dan bandar di mana kandungan nitrogen dioksidanya melebihi angka yang dibenarkan di bawah undang-undang iaitu 40 mikrogram bagi setiap satu meter padu udara.

Kajian yang ditaja oleh Parti Buruh U.K mendedahkan bahawa sekitar 40 juta manusia di negara itu mendiami persekitaran yang mana pencemaran udara yang diakibatkan oleh asap diesel melebihi tahap yang dibenarkan oleh undang-undang sekaligus menjadikan mereka terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan.

Parti tersebut turut menyifatkan kadar pencemaran udara di negara itu sebagai sebuah "skandal peringkat negara."

Sebelum itu, The Guardian pernah mendedahkan sebuah laporan yang mengatakan bahawa puluhan ribu kanak-kanak di sekolah dan pusat-pusat penjagaan mereka di serata England dan Wales terdedah kepada pencemaran udara yang melebihi tahap yang dibenarkan akibat daripada pencemaran asap diesel.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky