Amnesty Gesa Pemimpin G20 Bertegas Dengan Ankara

Amnesty Gesa Pemimpin G20 Bertegas Dengan Ankara

Amnesty International menggesa para pemimpin dunia di persidangan G20 yang berlangsung di Hamburg, Jerman untuk bertegas dengan Turki berhubung isu "pencabulan hak asasi manusia" yang didakwa dilakukan oleh Ankara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amnesty International menggesa para pemimpin dunia di persidangan G20 yang berlangsung di Hamburg, Jerman untuk bertegas dengan Turki berhubung isu "pencabulan hak asasi manusia" yang didakwa dilakukan oleh Ankara.

"Negara itu berada di dalam krisis hak asasi manusia," kata Setiausaha Agung Amnesty, Salil Shetty di Hamburg pada hari Sabtu.

"Mustahil G20 mendakwa mereka mempertahankan nilai-nilai demokrasi dan kebebasan bersuara namun di satu sudut mereka membiarkan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan secara terang-terangan," tambahnya.

Shetty berada di Jerman untuk melobi para pemimpin G20 untuk membebaskan pengarah dan pengerusi tempatan kumpulan hak asasi itu di Turki. Wakil kumpulan itu di Turki ditahan bersama ribuan yang lain selepas rampasan kuasa July 2016 yang dirancang oleh tentera Turki untuk mengguling kerajaan Recep Tayyip Erdogan menemui kegagalan.

Shetty turut menggambarkan pemimpin Turki yang menghadiri persidangan G20 sebagai seorang "hyper-nasionalis" yang menggunakan teknik menindas untuk meningkatkan popularitinya di negara itu.

Turki menahan Pengarah Amnesty International Turki, Idil Eser dan beberapa orang aktivis yang lain pada 5 Julai lepas. Penahanan itu dibuat kurang sebulan selepas mahkamah negara itu mengarahkan penahanan pemimpin tempatan Amnesty International atas dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan dengan ulama pembangkang, Fethullah Gulen yang dituduh Turki sebagai perancang rampasan kuasa tentera.

Turki menyaksikan cubaan rampasan kuasa pada Julai 2016 apabila sekumpulan anggota tentera mengumumkan bahawa kerajaan Erdogan tidak lagi berkuasa di negara itu.

Beberapa jam kemudian, rampasan kuasa itu berjaya dipatahkan. Sekitar 250 orang terbunuh dan hampir 2,200 yang lain mengalami kecederaan berikutan rampasan kuasa itu.

Selepas cubaan rampasan kuasa itu, kerajaan Turki giat menekan media dan kumpulan pembangkang di negara itu yang menurut Ankara telah memainkan peranan di dalam kudeta tentera tersebut. Lebih 50,000 orang telah ditahan setakat ini dan 150,000 orang pula telah dipecat atau digantung.

Tindakan keras Turki telah mengundang kecaman dunia yang menganggap Ankara betindak keterlaluan selepas kudeta itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky