Barat Perlu Hormati Keputusan Warga Crimea: Ahli Parlimen Perancis

Barat Perlu Hormati Keputusan Warga Crimea: Ahli Parlimen Perancis

Salah seorang daripada ahli Parlimen Perancis daripada Parti Barisan Kebangsaan (National Front), Marion Marechal-Le Pen merancang untuk melawat Crimea di dalam masa yang terdekat. Dia berkata bahawa anggota Duma Rusia Natalya Poklonskaya telahpun menghantar sebuah jemputan untuk melawat kawasan itu kepadanya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Salah seorang daripada ahli Parlimen Perancis daripada Parti Barisan Kebangsaan (National Front), Marion Marechal-Le Pen merancang untuk melawat Crimea di dalam masa yang terdekat. Dia berkata bahawa anggota Duma Rusia Natalya Poklonskaya telahpun menghantar sebuah jemputan untuk melawat kawasan itu kepadanya.

"Sudah masanya Barat mengiktiraf kemahuan warga Crimea sendiri dan menghormati pilihan mereka," katanya.

Dia juga mengatakan bahawa dia akan menerima pelawaan Natalya Poklonskaya untuk melawat Crimea dan akan berbuat demikian selepas pilihanraya presiden (pusingan kedua) yang akan dijadualkan berlangsung pada 7 Mei nanti.

Marion Marechal-Le Pen turut menekankan bahawa sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah susulan daripada krisis di Ukraine perlu ditamatkan serta-merta.

Pada tahun 2016, dia menyokong sebuah usul di parlimen yang bertujuan untuk menamatkan sekatan ke atas Rusia.

Malangnya menurutnya, kerajaan Perancis gagal untuk memberikan perhatian kepada usul para penggubal undang-undang negara itu dan memilih untuk "memburukkan lagi situasi bagi para pengeksport produk pertanian yang terkesan berikutan tindakan Rusia yang memilih untuk mengenakan sekatan balas ke atas EU," katanya.

Menurutnya juga, dia dan rakan-rakannya di parlimen akan terus berusaha untuk menamatkan sekatan yang "tidak masuk akal itu."

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini